Air Paip Tercemar


Orang ramai yang sudah bosan dengan masalah saluran air paip yang kotor dan berklorin, dipelawa menggunakan produk Water Purifier (penulen air) jenama Coway yang sedang hangat dipasaran sekarang.

Coway dikeluarkan oleh Woongjin Coway (M) Sdn Bhd kini menjadi antara penapis air yang popular di negara kita. Ramai pengguna produk ini yang berpuas hati dan yakin dengan kualiti Coway.

Dengan harga yang menjimatkan dan sistem pembayaran yang fleksibel kini semua rakyat Malaysia boleh menggunakannya. Coway menawarkan tiga cara pembayaran iaitu sistem sewa beli (sewa beli), belian terus (beli terus) dan ansuran (installment).

Coway kini semakin digemari kerana dengan hanya RM70 ke atas, anda akan menikmati khidmat percuma setiap dua bulan (selama 5 tahun); tiada caj pemasangan; pemeriksaan produk dan khidmat penukaran penapis yang percuma secara berkala; khimat selepas jualan yang percuma untuk semua alat ganti dan penukaran hak milik selepas 5 tahun.

Mekanisme rawatan air Coway menggunakan teknologi Reverse Osmosis (RO) ataupun hyperfiltration , dimana kandungan air ditapis sehingga 0.0001 mikron atau dengan kata lain, antara air minuman paling tulen, bersih dan pure yang ada di pasaran.

Pihak Coway juga menyedari akan sensitiviti masyarakat di negara ini yang majoritinya beragama Islam yang mahukan produk yang halal digunakan, justeru Coway diiktiraf dan memperoleh sijil halal dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dalam produk-produknya.

Menurut salah seorang agen Coway, Alex berkata ramai orang mempunyai water filter, tetapi ramai tidak servis dan tukar water filter. "Mungkin mereka lupa atau tidak tahu bagaimana?. Ada juga yang akan mengatakan, saya selalu servis water filter saya, tapi mula mula rajin. Lama lama tak buat. Dengan COWAY, servis adalah percuma. CODY (Coway Lady) akan datang ke rumah anda secara berkala. Kini hidup lebih senang dan selesa. Kita mempunyai banyak tugasan lain yang perlu diuruskan. Biar CODY bertanggungjawab ke atas servis water filter kita. Inilah kehebatannya Coway", kata Alex.

Proses Rawatan Air Bersih


Rawatan Air

Rawatan air merupakan proses membuang bahan cemar daripada air mentah bagi menghasilkan air yang selamat untuk digunakan manusia dari segi kimia dan bakteriologikal. Air juga perlu diterima dari segi estetiknya, bebas dari kekeruhan yang nyata, bau dan warna yang tidak menyenangkan. Loji rawatankonvensional meliputi proses-proses berikut:

Penyaringan

Pada permulaan, serpihan kayu, dedaun, tumbuhan akuatik dan bendasing yang terapung akan diasingkan melalui proses saringan. Selepas disaring, bahan terampai yang lebih padat akan dibuang dengan membenarkan air mengalir melalui kebuk yang mana ia akan mendap ke dasar.

Pengudaraan

Air mentah yang dipam dicampur dengan udara di ruang pengudaraan. Proses pengudaraan menghasilkan oksigen dari atmosfera bagi pengoksidaan besi dan mangan terlarut kepada bentuk tidak larut bagi tujuan menyingkirkannya. Proses ini juga membantu membuang rasa dan bau yang tidak menyenangkan.

Koagulasi dan Flokulasi 

Koagulan, lazimnya tawas ditambah bagi membentuk partikel mikroskopik di dalam air. Ia kemudiannya diadun dengan lembut bagi membolehkan partikel kecil di dalam air berlaga dan bergabung bagi membentuk kentalan yang boleh mendap.

Sedimentasi

Kentalan dibenarkan mengalir melalui tangki sedimentasi seseragam yang mungkin untuk suatu tempoh yang cukup panjang untuk membolehkannya mendap. Air yang jernih akan dikumpulkan dari bahagian atas.
Bagi kentalan yang ringan, proses yang berbeza akan digunakan. Gelembung udara minit digunakan di dalam proses ini. Kentalan akan melekat pada gelembung udara dan terapung ke atas. Air jernih akan dikumpulkan dari dasar tangki. Proses ini dinamakan Pengapungan Udara Terlarut.

Penapisan

Air yang telah mendap akan melalui penapis yang memerangkap partikel halus dan bakteria. Air yang bersih kemudiannya akan memasuki tangki air jernih. Penapis akan dicuci menggunakan kaedah backwash dengan kerap melalui kombinasi adunan udara dan air bagi memastikan kelancaran operasi.

Disinfeksi / Pelarasan pH

Air di dalam tangki jernih akan diinfeksi bagi menghapuskan mikroorganisma yang kekal di dalam air selepas proses penapisan. Klorin bergas atau kompaun klorin lazimnya digunakan untuk tujuan pembasmian kuman. Paras pH diselaraskan menggunakan kapur atau abu soda.

Tangki Air Jernih

Air yang telah dirawat akan dikumpul dan disimpan di dalam tangki air jernih bagi tujuan pengagihan.

Pengagihan Air
  • Takungan perkhidmatan
  • Tangki Imbangan
  • Stesen Pengepaman
Pengagihan Bekalan Air

Dari tangki air jernih di loji rawatan air, air terawat dipam melalui sistem saluran yang panjang
 bagi
mengimbangi takungan dengan ketinggian yang mencukupi untuk pengagihan menggunakan graviti
ke takungan perkhidmatan di dalam pelbagai pusat permintaan. Sistem pengepaman kedua akan 
digunakan bagi kawasan yang tidak dapat memanfatkan graviti bagi tujuan pembekalan air.

Proses Kitaran Air




Jarang sekali terdapat sumber air mentah yang sesuai untuk kegunaan domestik, proses rawatan air lazimnya diperlukan bagi menghapuskan semua bahan atau elemen yang tidak sesuai untuk kegunaan manusia.

Secara purata, pengunaan air isi rumah sehari ialah 5000 liter, di mana hanya 5 peratus digunakan untuk penggunaan dan penyediaan makanan manakala baki 95 peratus digunakan bagi kegunaan mencuci, menyiram tumbuhan dan lain-lain.
 

Di Malaysia, air permukaan merupakan sumber utama air mentah. Air hujan yang turun mengalir ke dalam sungai, kolam, tasik atau empangan binaan manusia.
 

Sebahagian dari air hujan diserap ke dalam tanah sehingga ia tiba di lapisan batuan yang kalis air. Air jenis ini boleh didapati menerusi telaga atau ia boleh mengalir keluar sebagai mata air di cerun bukit. Sumber air ini dikenali sebagai air bawah tanah.