10 Kelebihan Menggunakan Penapis Air

Penggunaan penapis air pada masa kini adalah menjadi satu kewajipan bagi setiap rumah. Pelbagai jenis penapis air di pasaran menawarkan pelbagai kelebihan serta manfaat kepada kesihatan.


Apakah kelebihan menggunakan penapis air? Berikut beberapa kelebihannya: 
  1. Penapis air membuatkan bau dan rasa air yang lebih baik dengan menyingkirkan bahan cemar klorin dan bakteria. 
  2. Penapis air menyingkirkan logam dari air minuman, sekaligus menghalang bahan berbahaya ini daripada memasuki badan.
  3. Untuk jangka masa panjang, pembelian penapis air menghasilkan air yang bersih dan sihat pada setiap hari. Ini dapat menjimatkan kos berbanding membeli air minuman dalam botol pada setiap hari. 
  4. Penapis air dapat mengurangkan risiko kanser rektum, kanser kolon dan kanser pundi kencing dengan menyingkirkan klorin daripada air minuman.
  5. Satu blok penapis karbon dapat menyingkirkan bahan cemar berbahaya dari air minuman di samping mengekalkan mineral yang sihat serta mengimbangi pH air minuman.
  6. Minum air bersih yang ditapis dapat melindungi tubuh daripada penyakit di samping menyihatkan tubuh badan. 
  7. Penapis air yang dipasang pada paip air menghasilkan air yang bersih dan sihat untuk memasak serta minum. Ianya mudah digunakan iaitu hanya dengan membuka paip air sahaja. 
  8. Penapis air mengurangkan risiko penyakit usus lebih daripada 33 peratus dengan menyingkirkan cryptosporidium dan giardia dari air minuman.
  9. Minum air yang ditapis adalah sangat penting untuk membangunkan sistem imun kanak-kanak.
  10. Penapis air mempertahankan badan dari lebih 2,100 toksin yang mungkin terdapat dalam air minuman.

Fakta Menarik Mengenai Air

l Seekor gajah dapat mengesan air sejauh tiga batu. Gajah dapat menyedut sebanyak dua gelen (7.5 liter) air ke dalam belalai setiap kali minum.

l Beruang koala tidak minum air, kerana daun eucalyptus yang dimakannya membekalkan air secukupnya.

l Tikus kanggaru mahir hidup di kawasan gurun. Tikus ini minum sedikit air atau tidak minum langsung tetapi bergantung pada air yang dimetaboliskan daripada bijian yang dimakannya.

l Seekor zirafah boleh berjalan lebih lama tanpa air berbanding seekor unta. Ini kerana ia menyimpan tenaga sehingga tidak mudah berasa dahaga.