Pengertian Air Bersih


Pengertian Air bersih


Air bersih adalah salah satu jenis sumber berunsur air yang bermutu baik dan boleh dimanfaatkan oleh manusia untuk digunakan dalam melakukan aktiviti seharian. Ia mempunyai kandungan kimia, fizik dan biologi.
Pengertian Air Bersih:
1. Secara Umum: Air yang selamat dan bersih yang boleh digunakan oleh manusia.
2. Secara Fizik : Tidak berwarna, tidak berbau, tidak berasa.
3. Secara Kimia:
a. PH Neutral 
b. Tidak mengandung racun dan logam berat berbahaya
Kebiasaanya air untuk diminum adalah tidak berasa, tidak berbau, tidak berwarna, dan tidak mengandung kandungan logam. Walaupun air dari sumber alam dapat diminum oleh manusia, terdapat juga risiko bahawa air ini telah tercemar oleh bakteria (misalnya Escherichia coli) atau zat-zat berbahaya, Walaupun bakteria dapat dibunuh dengan memasak air hingga 100 °C, banyak zat berbahaya, terutama logam, tidak dapat dihilangkan dengan cara ini.

Sumber air bersih
  • Sungai
Lebih kurang dari 40.000 kilometer padu air segar diperoleh dari sungai-sungai di dunia. Mengikut kiraan lebih dari 7.000 meter padu untuk setiap orang. kita dapat bayangkan ia seperti cukup untuk menjamin bagi setiap penduduk, tetapi hakikatnya air tersebut seringkali berada di tempat-tempat yang tidak tepat.

             Air hujan

    Dalam manfaat hujan sebagai sumber dari air bersih, individu perseorangan dan kerajaan biasanya membina tempat tadahan air untuk menyimpan air bersih di musim kemarau.

  • Air permukaan dan air bawah tanah.
Sumber-sumber air bersih ini biasanya terganggu akibat penggunaan dan penyalahgunaan sumber air sehingga terjadi pencemaran air

Apakah Kepentingan Air Yang Bersih pada kehidupan kita

Apa itu air bersih?
Apakah Kepentingan Air Yang Bersih pada kehidupan kita?
Adakah air sangat penting dalam kehidupan kita?
Di sini kami ingin berkongsi maklumat dengan anda.

Tubuh kita mengandungi lebih kurang 70% air. Mutu air yang kita minum mempengaruhi mutu air yang terkandung di dalam tubuh kita. Tubuh kita mengandungi sel-sel. Begitu juga dengan bakteria. Kehilangan air mengakibatkan kita kehilangan tahap tenaga. Tanpa air, darah tidak dapat mengalir, oksigen dan khasiat-khasiat tidak dapat diangkut, sisa-sisa kumuhan tidak dapat disingkirkan dan organ badan tidak dapat berfungsi dengan lancar.

Jikalau klorin membunuh bakteria, apakah yang anda jangkakan kesan klorin keatas sel-sel tubuh kita?
Hasil kajian menghubungkan produk sampingan klorin dan pengklorinan kepada kanser pundi kencing, hati, perut, rectum dan usus termasuklah penyakit jantung, atherosclerosis ( pengerasan saluran darah ), anemia (kekurangan sel darah merah), tekanan darah tinggi dan reaksi alahan. Ianya juga menyebabkan kerosakan kepada kulit dan rambut.
Hanya terdapat satu jawapan - singkirkan klorin daripada air minuman & makanan.
Penyakit bawaan air seperti Taun, Demam Kepialu, Hepatitis Berjangkit,Radang Perut dan Usus, Radang Membran Mata, penyakit-penyakit berkaitan cirit-birit, keracunan kulit, kanser dan ulser. Tanda utama kekurangan air adalah seperti pening kepala, kesukaran untuk tidur, keletihan, dan kurang daya kepekaan.

Oleh yang demikian, kita perlu minum air yang sihat dan berkualiti tanpa dipengaruhi barangan tercemar, jika tidak ia hanya akan memburukkan lagi keadaan.

Nota/fakta :

Klorin digunakan hampir di seluruh dunia untuk merawat air minuman yang dibekalkan kepada awam kerana kesan toksiknya keatas bakteria. Merbahaya dan lain-lain kuman bawaan air yang boleh meyebabkan penyakit. Tetapi terdapat bukti saintifik yang semakin berkembang yang menunjukan bahawa klorin di dakam air minuman mungkin boleh menyebabkan kesan jangka panjang yang lebih buruk daripada kesan yang cuba di halang dengan penggunaannya.
Kesan-kesan ini mungkin disebabkan oleh pengambilan secara terus atau penyerapan melalui kulit. Kajian saintifik telah menggabungkan produk sampingan klorin dan pengklorinan kepada kanser organ utama, penyakit jantung dan kesan-kesan sebagainya yang disebut di atas.

Terdapat juga bukti yang menunjukan kesan kemusnahan klorin terhadap protein di dalam tubuh dan kesan buruk kepada kulit dan rambut. Kehadiran klorin dalam air boleh juga menyebabkan pembentukan kloramin didalam air yang boleh menyebabkan masalah rasa dan bau .
“semenjak kehadiran klorin di dalam semula bekalan air minuman diwajibkan oleh peraturan pihak kesihatan awam, ianya terpulanglah kepada setiap individu untuk menyingkirnya.

Kenapa Perlu Penapis Air


Sebahagian dari nutrien fitokimia anti-kanser dan anti-penyakit semulajadi yang paling berharga yang biasanya ditemui dalam makanan, didapati boleh menyebabkan kanser bila dicampurkan dengan air paip berklorin. Penemuan ini termasuk makanan yang biasa iaitu soya, buah-buahan, sayur-sayuran, teh, produk kesihatan, dan beberapa preskripsi.

Satu kajian bersama telah dijalankan di Jepun oleh saintis penyelidikan di Institut Sains Kesihatan dan Universiti Wilayah Shizuoka. Mereka menetapkan bahawa bahan-bahan organik semula jadi bertindak balas apabila terdedah kepada air paip berklorin, membentuk sebatian berbahaya penyebab kanser dinamakan MX, yang bermaksud "mutagen tidak diketahui". Ia sama dengan penyebab kanser yang sudah terkenal dan lebih mudah dikesan iaitu THMs (trihalometana).

Kajian awal oleh saintis di Finland pada tahun 1997 menetapkan bahawa MX adalah 170 kali ganda lebih berbahaya berbanding produk sampingan lain yang diketahui toksik akibat pengklorinan, dan telah dibuktikan dalam kajian makmal boleh merosakkan kelenjar tiroid serta menyebabkan tumor kanser.

Tiada apa yang salah dengan bahan-bahan organik itu. Ia adalah berpunca dari klorin yang menukarkan bahan-bahan organik kepada bahan merbahaya seperti THMs dan MX. Bahan-bahan organik telah terbukti sangat bermanfaat kepada kita jika digabungkan dengan air minuman yang tulen.

Ia menunjukkan bahawa makanan segar yang kita makan juga bertindak balas terhadap air paip berklorin yang kita gunakan untuk memasak makanan kita, mewujudkan toksin. Ini bermakna bahawa buah-buahan dan sayur-sayuran, salad hijau, teh hijau, teh hitam, teh herba, produk soya, vitamin dan pelbagai makanan tambahan, dan juga beberapa ubat-ubatan farmaseutikal boleh dikaitkan dengan kombinasi dengan air berklorin.

Ejen merbahaya penyebab kanser yang terhasil adalah sangat toksik dalam jumlah yang sangat kecil dan ia sangat sukar untuk dikesan. Sedikit sahaja klorin diperlukan untuk menghasilkan bahan toksin itu.

Walaupun klorin pada dasarnya berjaya menghapuskan risiko penyakit bawaan air seperti demam kepialu dan taun, terdapat banyak patogen yang tidak dikawal oleh klorin. Wujud kaedah rawatan air yang lebih baik, seperti pengozonan, dan banyak alternatif yang telah digunakan di seluruh dunia.

Mesej ini adalah amat penting kepada orang awam, kerana klorin satu hari nanti, dalam masa terdekat, didedahkan sebagai penyebab utama dan penyumbang kepada kanser dan penyakit degeneratif. Klorin juga akan didapati bertanggungjawab untuk merosakkan sistem imun dan hormon badan dengan mutasi estrogen tumbuhan dan fitokimia yang menyokong sistem tersebut. Sistem imun yang sihat sepatutnya menjadi pertahanan barisan hadapan anda terhadap penyakit.

Apa yang boleh anda lakukan?

Menghapuskan atau mengurangkan semua klorin di mana mungkin. Jangan minum air paip klorin. Cara terbaik untuk membuang klorin adalah dengan mendapatkan penapis osmosis songsang, kerana osmosis songsang juga membuang flouride, yang diberi nilai 4/5 pada skala racun dunia (5 merupakan tempat yang tertinggi). Gunakan penapis 2 mikron. Ini adalah sekecil kita boleh dapat dan masih mendapat satu aliran air yang baik.

Secara dasarnya, punca sebenar adalah klorin, bukan bahan-bahan makanan di mana ia bertindak balas. Ramai orang telah menggunakan sistem penapis domestik diletakkan di sumber utama sebelum memasuki rumah mereka. Klorin ada di mana-mana ... teh ais yang anda pesan di restoran atau di warung mungkin dibuat dengan air berklorin, daun salad anda mungkin telah dibasuh dengan air berklorin ... ia berlaku hampir di mana saja. Ramai yang membaca mengenai bahaya klorin mungkin tidak percaya dan terkejut bahawa bahan toksik ini mengalir keluar dari paip air di rumah mereka sepanjang masa. Tetapi dengan mengetahui tentang hal itu akan membantu anda untuk menilai bagaimana untuk mengendalikan bahan toksik yang hadir melalui paip air di rumah anda. 

Kit Ujian Klorin Dalam Air

Jika anda tertanya-tanya sama ada sumber air yang keluar dari paip rumah anda mengandungi klorin di dalamnya, anda boleh dapatkan kit ujian air dari pembekal kolam tempatan. Ia akan memberitahu anda jika botol air yang anda beli benar-benar bebas daripada klorin atau tidak