Pengertian Air Bersih


Pengertian Air bersih


Air bersih adalah salah satu jenis sumber berunsur air yang bermutu baik dan boleh dimanfaatkan oleh manusia untuk digunakan dalam melakukan aktiviti seharian. Ia mempunyai kandungan kimia, fizik dan biologi.
Pengertian Air Bersih:
1. Secara Umum: Air yang selamat dan bersih yang boleh digunakan oleh manusia.
2. Secara Fizik : Tidak berwarna, tidak berbau, tidak berasa.
3. Secara Kimia:
a. PH Neutral 
b. Tidak mengandung racun dan logam berat berbahaya
Kebiasaanya air untuk diminum adalah tidak berasa, tidak berbau, tidak berwarna, dan tidak mengandung kandungan logam. Walaupun air dari sumber alam dapat diminum oleh manusia, terdapat juga risiko bahawa air ini telah tercemar oleh bakteria (misalnya Escherichia coli) atau zat-zat berbahaya, Walaupun bakteria dapat dibunuh dengan memasak air hingga 100 °C, banyak zat berbahaya, terutama logam, tidak dapat dihilangkan dengan cara ini.

Sumber air bersih
  • Sungai
Lebih kurang dari 40.000 kilometer padu air segar diperoleh dari sungai-sungai di dunia. Mengikut kiraan lebih dari 7.000 meter padu untuk setiap orang. kita dapat bayangkan ia seperti cukup untuk menjamin bagi setiap penduduk, tetapi hakikatnya air tersebut seringkali berada di tempat-tempat yang tidak tepat.

             Air hujan

    Dalam manfaat hujan sebagai sumber dari air bersih, individu perseorangan dan kerajaan biasanya membina tempat tadahan air untuk menyimpan air bersih di musim kemarau.

  • Air permukaan dan air bawah tanah.
Sumber-sumber air bersih ini biasanya terganggu akibat penggunaan dan penyalahgunaan sumber air sehingga terjadi pencemaran air