Pencemaran Air

Punca Pencemaran Air Mentah

Punca pencemaran terbahagi kepada dua:
i) Pencemaran Semulajadi
Air hujan menyerap habuk, kotoran dan gas yang terperangkap di dalam udara. Sewaktu ia mengalir di tanah, air akan bercampur dengan lumpur, tanah liat dan tumbuhan reput (dedaun mati, kayu dan juga bakteria dari tanah dan tumbuhan).
Sementara itu, air bawah tanah akan bertindak balas dengan batuan garam dan karbon dioksida di dalam air boleh melarutkan batuan yang mengandungi karbonat (kapur dan lain-lain) untuk membentuk bikarbonat.
(ii) Pencemaran oleh Manusia
Pencemaran oleh manusia adalah dari sistem kumbahan atau pencemaran dari aktiviti manusia seperti pertanian, penternakan haiwan dan perlombongan. Air buangan menyumbang kepada pembentukan bakteria dan bahan organik yang boleh mengakibatkan penyakit. Aktiviti pertanian seringkali menyebabkan tanah, najis dan bahan organik mengalir ke sistem kumbahan dan sungai.
Aktiviti perlombongan pula menyumbang kepada pencemaran mineral dan penggantungan yang merbahaya kepada manusia. Perbuatan pengilang bahan kimia membuang sisa toksik ke dalam sistem kumbahan juga boleh mengakibatkan masalah bau dan rasa air sekaligus membunuh hidupan air.
Proses rawatan air boleh menjadi kompleks bergantung kepada kualiti air mentah yang perlu dirawat.