8 Manfaat sumber air

Seluruh makhluk hidup di muka bumi memerlukan air. Sejak awal kehidupan, mahluk hidup terutama manusia telah memanfaatkan air untuk kelangsungan hidupnya. Seiring dengan pertambahan penduduk dan perkembangan industri, keperluan manusia akan sumber air sangat meningkat. Berikut adalah manfaat sumber air sebagai pendukung kehidupan.


  1. Manusia dan haiwan dapat memperoleh sumber makanan dari perairan, seperti berbagai jenis ikan, rumput laut, ketam, udang, kerang dan lain-lain.
  2. Ia sebagai laluan perhubungan, Wilayah yang didominasi oleh perairan sangat bergantung pada laluan air, seperti adanya sungai atau laut  inilah hubungan antara wilayah dapat terjalin.
  3. Fungsi untuk tenaga elektrik. Pergerakan air pasang dan surut dapat menghasilkan tenaga elektrik. Selain itu, arus laut dapat dimanfaatkan sebagai tenaga menggerakkan perahu.
  4. Fungsi rekreasi. Keadaan pantai, danau, dan pulau yang indah dan bersih difungsikan sebagai tempat perlancongan
  5. Fungsi pengaturan iklim. Perbezaan sifat fizik air laut dan daratan dapat mempengaruh gerakan udara (angin). Sebagai contoh memanaskan perairan dan mengakibatkan penguwapan kemudian turun sebagai hujan.
  6. Sebagai tempat perikanan. Manusia memanfaatkan perairan sebagai tempat perikanan, seperti sangkar udang, pembiakan kerang, mutiara dan sejenisnya.
  7. Sumber mineral, seperti garam, kalium karbonat, dan lain-lain
  8. Sumber bahan seperti minyak bumi, timah, gas alam, dan lain-lain
Dengan ke 8 manfaat sumber air ini kita dapat memaksimakan sumber air yang ada dan tentunya kita harus menjaga sebagi  keperluan sekarang dan masa yang akan datang.

Hargai Kepentingan Air

Hampir 70 peratus daripada keseluruhan tubuh manusia mengandungi air. Oleh itu, kita disarankan mengambil antara 8 hingga 10 gelas air sehari. Pengambilan air yang mencukupi amat penting bagi tubuh manusia untuk mengenyah toksik dalam badan, melincirkan sendi, membantu sistem dan organ pencernaan, mengawal suhu badan serta menghantar nutrien dan oksigen ke sel-sel badan.

Air yang bersih dapat meningkatkan sistem imunisasi badan, menggalakkan metabolisme sel, mengurangkan risiko penyakit dan pertumbuhan sel abnormal serta dapat menghalang penyebaran toksin.
Walau bagaimanapun, air yang kita minum pada hari ini semakin tidak selamat berikutan daripada pencemaran sumber air yang semakin teruk. Pencemaran air ini berlaku apabila terdapat perubahan dari segi kandungan, keadaan, warna dan kualiti sehingga menyebabkan ia tidak sesuai diminum dan memberi kesan buruk kepada kesihatan. 

Suatu ketika dahulu, masyarakat tidak menghargai bekalan air bersih yang sememangnya mencukupi, malah melebihi untuk menampung kegunaan seharian. Tetapi pada hari ini, air dikhuatiri menjadi satu komoditi penting berikutan kekurangan sumber air serta peningkatan kos rawatan air. 

Air adalah satu sumber yang bernilai tetapi kita terus mengeksploitasikannya. Sehingga kini, banyak yang telah diperkatakan, dibincangkan serta ditulis mengenai air. Namun, kebanyakan daripada kita masih kurang menghargainya.

Kita sudah tentu berasa jijik dan loya apabila melihat pelbagai sampah membusuk di dalam longkang, membuatkan pengaliran air longkang tersumbat. Pantai-pantai dipenuhi sampah sarap yang menjengkelkan dan punca utamanya ialah manusia itu sendiri. Sesetengah kilang akan memperuntukkan kawasan untuk pembuangan sisa-sisa kilang. Namun, masih ada segelintir kilang yang secara terus menyalurkan sisa buangan ke dalam sungai. 

Selain itu, pencemaran air juga menjadi punca kepada banjir yang berlaku di dunia pada masa kini. Antaranya, disebabkan oleh tersumbatnya parit yang sepatutnya mengalirkan air ke laut ataupun sungai. Apabila sampah sarap menyumbatkan aliran air tersebut, banjir mudah berlaku dan menyebabkan persekitaran kotor apabila banjir tersebut berlaku.