Betulkah Air Mineral, Air RO atau Air Alkali Selamat Dan Membantu Merawat??

Sebut saja air semua orang akan tahu apa fungsi air. Setiap pagi kita akan berhadapan dengan sarapan pagi dengan minuman-minuman lazat seperti teh, kopi dan sebagainya. Walaupun cara penyediaannya berbeza tetapi ia tetap berfungsi sebagai penghilang dahaga.

Kesedaran orang ramai keatas kebersihan air mendorong mereka berlumba-lumba membeli dan memasang penapis-penapis air yang terbaik supaya bekalan air paip kerumah-rumah dapat di bersihkan dan di tulenkan daripada anasir-anasir yang boleh memudaratkan kesihatan dalam jangka masa panjang.
Namun begitu kepesatan aktiviti pemasaran telah menyebabkan pelbagai definasi atau fakta-fakta berkenaan penapis air telah di tokok tambah menjadikan ia semakin sensasi dan mengelirukan. Sehingga ada yang mendakwa penapis air yang di jual oleh mereka boleh menjadikan air biasa seperti air zam-zam.

Kaedah Selamat Menggunakan Air Lombong.

Perlu dijelaskan disini  bahawa penapis air terbahagi kepada dua jenis iaitu penapis air didalam rumah dan diluar rumah (POE). Jika kita hendak menapis air untuk minum maka kita bolehlah memasang penapis air didalam rumah kita. Akan tetapi jika air paip yang dibekalkan kepada kita telah berubah warna dan rasa maka kita perlulah memasang penapis air di luar rumah iaitu POE unit.

Bagi penapis air didalam rumah pula terbahagi kepada dua jenis iaiatu penapis air 6 unit tabung penapis dan penapis air reverse osmosis (RO).
1. Penapis air 6 unit tabung penapis - adalah penapis air yang dipasang di paip air di dalam rumah terutama di sebelah sinki. Ia dipasang dan disambung terus kepada pili air. Penapis jenis ini dikatakan menghasilkan air beralkali dan mineral. Ia tidak memerlukan sebarang bekalan kuasa elektrik malah beroperasi menapis air dengan kekuatan tekanan air paip sahaja. Namun kelancaran air yang terhasil bergantung kepada kekuatan tekanan air paip sendiri.

2. Penapis air reverse osmosis (RO) - ia dipasang didalam rumah seperti penapis air 6 unit tabung penapis juga, namun ia memerlukan bekalan kuasa tenaga elektrik untuk mengerakkan pam airnya. Sistem reverse osmosis atau RO adalah dimana air dipaksa melalui satu membran plasma yang bertindak sebagai penapis yang mengasingkan bendasing dan air bersih yang tulen. Hasil nya air yang keluar adalah air tulen yang tidak mempunyai apa-apa kandungan mineral, racun mahupun kotoran sedikit pun. Ia ibarat sebersih air hujan. Hasil paksaan air melalui membran itu membahagikan air kepada dua iaitu air tulen yang bersih dan air yang tercemar yang akan dialirkan keluar dan di buang.

Kebaikan dan Kelemahan Penapis Air 6 Tabung Penapis.
Antara kebaikan yang di war-warkan oleh pihak pengedar keatas penapis air 6 unit tabung penapis ialah air terhasil bersifat alkali dan mineral. Yang didakwa dapat merawat pelbagai jenis penyakit. Selain dari itu mineral yang terhasil adalah sebagi bekalan mineral yang diperlukan oleh badan.
Namun kelemahannya ialah pengguna perlu menunggu untuk mendapatkan kuantiti air yang diperlukan kerana aliran air yang perlahan ketika proses penapisan.
Dakwaan yang menyatakan bahawa air mineral yang terhasil dapat merawat penyakit tidak pernah di buktikan secara saintifik manakala kebanyakan testimoni yang di beri oleh syarikat pemasaran tidak begitu menyakinkan malah seperti tidak boleh diiktiraf oleh mana-mana pihak. Begitu juga dakwaan bahawa air beralkali dapat menyihatkan badan juga tidak dapat di buktikan secara saintifik. Ini kerana perut manusia akan merembeskan asid yang akan mengasidkan segala bentuk makanan yang kita makan dan minum. Walaupun kita minum air beralkali namun dalam tempoh beberapa saat ia akan bertukar kepada berasid apabila bercampur dengan asid perut. Maka hilanglah fungsi alkali itu. Mineral yang terhasil daripada penapis ini pula tidak mendatangkan apa-apa faedah. Ini kerana peratusan sebanyak 0.03% mineral didalam air tapisan tidak akan memberi apa-apa kesan. Mineral yang diperlukan oleh badan adalah datangnya dari tumbuh-tumbuhan.
Kelemahan lain sistem ini ialah ia tidak dapat menghakis atau membuang peratusan racun yang kecil didalam air. Terutama dadah dan ubat-ubatan yang telah mencemari air kita. Dadah atau ubat-ubatan yang mencemari sumber air kita adalah datang dari sisa buangan lebihan ubat-ubat yang kita gunakan.
Kebaikan dan Kelemahan Penapis Air Reverse Osmosis (RO).
Air RO adalah air tulen yang tidak mengandungi apa-apa bahan pun didalamnya. Kesemua bahan-bahan mineral, racun dan sebagainya di tapis keluar melalui membran plasmanya. Ia ibarat air hujan yang bersih. Biasanya air RO digunakan oleh syarikat pengeluar minuman botol, pembuat kordial dan lain-lain lagi dimana syarikat-syarikat ini memerlukan air yang tidak mempunyai apa-apa yang boleh merubah rasa air minuman keluaran mereka.
Air RO adalah pelarut yang sangat bagus. Bagi pesakit-pesakit kencing manis, batu karang dan sebagainya jika setiap hari menggunakan air RO akan dapat membantu merawat penyakit-penyakit tersebut. Ini kerana ia akan melarutkan mineral-mineral yang berlebihan dan di buang melalui air kencing.
Kajian-kajian saintifik telah membuktikan bahawa sistem penapis air RO telah menerima pengiktirafan antarabangsa seperti Water Quality Association (WQA). Walaupun terdapat penulis-penulis artikel yang mempertikaikan akan kebaikan air RO ini namun penulis-penulis tersebut sebenarnya cuba mencipta sebab supaya pengguna tidak menggunakan sistem ini. Walhal pencemaran air pada masa kini telah menyebabkan air menjadi bukan setakat kotor malah beracun.


# Sebagai kesimpulan nya, terdapat banyak pengedar penapis air dengan pelbagai jenama berada dipasaran Malaysia sekarang ini namun perlu diingat sebenarnya mereka ini datangnya dari satu kilang sahaja. Manakala sistem penapis air RO dihasilkan oleh pengilang-pengilang mereka sendiri dimana teknologi yang di miliki telah di paten kan. Oleh itu pada pendapat aku sendiri adalah lebih baik dan praktikal kita menggunakan sistem penapis air RO berbanding penapis 6 tabung atau penapis air berasaskan cahaya ultra unggu. Ini kerana ketulenan air tersebut telah terjamin kebersihannya.