10 Kelebihan Menggunakan Penapis Air

Penggunaan penapis air pada masa kini adalah menjadi satu kewajipan bagi setiap rumah. Pelbagai jenis penapis air di pasaran menawarkan pelbagai kelebihan serta manfaat kepada kesihatan.


Apakah kelebihan menggunakan penapis air? Berikut beberapa kelebihannya: 
  1. Penapis air membuatkan bau dan rasa air yang lebih baik dengan menyingkirkan bahan cemar klorin dan bakteria. 
  2. Penapis air menyingkirkan logam dari air minuman, sekaligus menghalang bahan berbahaya ini daripada memasuki badan.
  3. Untuk jangka masa panjang, pembelian penapis air menghasilkan air yang bersih dan sihat pada setiap hari. Ini dapat menjimatkan kos berbanding membeli air minuman dalam botol pada setiap hari. 
  4. Penapis air dapat mengurangkan risiko kanser rektum, kanser kolon dan kanser pundi kencing dengan menyingkirkan klorin daripada air minuman.
  5. Satu blok penapis karbon dapat menyingkirkan bahan cemar berbahaya dari air minuman di samping mengekalkan mineral yang sihat serta mengimbangi pH air minuman.
  6. Minum air bersih yang ditapis dapat melindungi tubuh daripada penyakit di samping menyihatkan tubuh badan. 
  7. Penapis air yang dipasang pada paip air menghasilkan air yang bersih dan sihat untuk memasak serta minum. Ianya mudah digunakan iaitu hanya dengan membuka paip air sahaja. 
  8. Penapis air mengurangkan risiko penyakit usus lebih daripada 33 peratus dengan menyingkirkan cryptosporidium dan giardia dari air minuman.
  9. Minum air yang ditapis adalah sangat penting untuk membangunkan sistem imun kanak-kanak.
  10. Penapis air mempertahankan badan dari lebih 2,100 toksin yang mungkin terdapat dalam air minuman.

Fakta Menarik Mengenai Air

l Seekor gajah dapat mengesan air sejauh tiga batu. Gajah dapat menyedut sebanyak dua gelen (7.5 liter) air ke dalam belalai setiap kali minum.

l Beruang koala tidak minum air, kerana daun eucalyptus yang dimakannya membekalkan air secukupnya.

l Tikus kanggaru mahir hidup di kawasan gurun. Tikus ini minum sedikit air atau tidak minum langsung tetapi bergantung pada air yang dimetaboliskan daripada bijian yang dimakannya.

l Seekor zirafah boleh berjalan lebih lama tanpa air berbanding seekor unta. Ini kerana ia menyimpan tenaga sehingga tidak mudah berasa dahaga.

Panduan Memilih Mesin Air Minuman RO

Mesin air minuman Osmosis berbalik
Masyarakat hari ini semakin prihatin terhadap kualiti air yang diminum. Sering kali kita terdengar keluhan dan keresahan pengguna yang dipaparkan di akhbar tentang air paip yang keruh dan berwarna kekuningan. Keadaan ini biasanya berpunca daripada karat dan kotoran yang terdapat dalam sistem saluran paip, terutamanya di kawasan perumahan yang lama. Keadaan sedemikian telah memaksa pengguna untuk menggunakan penapis air untuk mendapat bekalan air yang bersih.

Penapis air terdiri daripada penapis air komersil dan penapis air yang dipasang di rumah atau pejabat. Kedua-dua jenis penapis air ini mempunyai fungsi yang sama tetapi berbeza dari segi saiz dan kos. Teknologi penapisan air yang popular masa kini adalah teknik osmosis berbalik (reverse osmosis).

Proses Osmosis Berbalik

Air paip membawa bersama-sama di dalamnya pepejal larut, pasir atau batu halus, bahan kimia serta mikroorganisma yang lain. Walaupun air yang disalurkan dalam paip telah dirawat di dalam loji rawatan, namun air tersebut telah tercemar dengan bendasing ketika berada di dalam saluran paip. Dalam proses osmosis berbalik, air yang keluar dari paip disalurkan kepada penapis air membran separa telap. Penapis ini mempunyai liang yang amat kecil untuk membenarkan laluan molekul air dan molekul yang lebih besar tidak dapat menerusi liang ini. Selepas proses penapisan, air osmosis adalah bersih sehingga 99% ketulenannya (hampir sama dengan air suling).

Oleh kerana kotoran air ditapis oleh penapis air (membrane separa telap), kotoran ini akan terperangkap pada penapis air dan lamakelamaan akan bertimbun. Ini akan menjejaskan proses pembersihan, iaitu kotoran ini akan larut semula ke dalam air yang dilaluinya. Oleh itu penapis air perlu sentiasa bebas daripada kotoran yang tersumbat dan hendaklah dibersihkan dengan kerap. Kekerapan pembersihan penapis air bergantung kepada jenisnya, tetapi secara umum, pembersihan perlu dilakukan 3 hingga 4 bulan sekali.

Mesin air minum RO

Ramai orang kini lebih gemar membeli air RO, daripada mesin air minuman RO yang banyak terdapat di kaki lima kedai, daripada memasang mesin tersebut di rumah kerana kos pembelian, pemasangan serta penyelenggaraan mesin adalah tinggi.

Air RO daripada mesin ini juga dijual dengan harga yang murah iaitu hanya 10 hingga 20 sen seliter. Ini adalah jauh lebih murah berbanding membeli air RO yang telah dibotolkan yang dijual di sekitar 80 sen hingga RM1.50 untuk 500ml.

Namun, isu yang perlu diberi perhatian ialah kualiti air yang dihasilkan oleh mesin air minuman RO ini. Ia bergantung kepada beberapa faktor seperti kekerapan penyelenggaraan mesin dan lokasi pemasangan. Berikut merupakan beberapa tip untuk memilih mesin air minuman RO yang lebih berkualiti dan selamat.

Panduan memilih mesin air minuman RO

1. Sesetengah mesin air minuman RO mempunyai notis tarikh penyelenggaraan. Oleh itu pengguna digalakkan supaya memeriksa notis tersebut sebelum membeli air daripada mesin berkenaan.

2. Biasanya mesin menjual air minuman RO ditempatkan di kaki lima di luar kedai. Cuba bertanya kepada pekedai berhampiran tentang kekerapan penyelenggaraan yang dibuat oleh pembekal mesin tersebut.

3. Jika tidak ada maklumat yang boleh diperolehi tentang mesin tersebut, sila telefon pembekal mesin tersebut. Maklumat telefon pembekal mesin biasanya boleh didapati pada mesin tersebut.

4. Adalah disarankan supaya membeli daripada mesin yang terletak di kawasan awam. Ini kerana jika mesin tersebut terletak di kawasan yang jauh daripada penghuni berkemungkinan besar mesin-mesin di kawasan ini telah terbiar dalam tempoh yang lama atau tidak diselenggara lagi.

5. Cuba elak daripada membeli air dari mesin yang kelihatan lama. Ini kerana terdapat kemungkinan penapis air dan sistem saluran dalamannya yang telah berkarat.

6. Selalu teliti dan peka kepada rasa dan keadaan air tersebut. Sekiranya rasa air daripada sesuatu mesin itu agak berlainan ataupun tidak jernih, jangan membeli air dari mesin tersebut dan laporkan pada pembekal mesin.

7. Sekiranya pembekal mesin tidak menjalankan tanggungjawabnya dengan menyelenggara mesin air minuman RO dengan kerap dan memastikan kualiti air yang dijual adalah bersih dan selamat, maka anda disarankan supaya melaporkannya kepada Kementerian Kesihatan Malaysia. - Pusat Penyelidikan dan Sumber Pengguna (CRRC)

Fungsi dan Peranan Air Bagi Kehidupan Manusia

Salah satu keperluan seharian makhluk yg hidup di dunia ini yang tidak dapat dipisahkan adalah Air. Ia sangat penting bagi manusia dan merupakan bahagian yang penting bagi makhluk hidup seperti haiwan dan tumbuhan. Tanpa air kemungkinan tidak ada kehidupan di dunia ini kerana semua makhluk hidup sangat memerlukan air untuk hidup.


Manusia mungkin dapat hidup beberapa hari akan tetapi manusia tidak akan bertahan selama beberapa hari jika tidak minum kerana sebahagian besar tubuh manusia itu terdiri dari 73% adalah air.
Dalam usaha mempertahankan kelangsungan hidup, manusia mesti mendapatkan air yang cukup bagi dirinya sendiri.
Berikut merupakan kepentingan air bagi manusia:
  • keperluan rumah tangga, misalnya untuk minum, masak, mandi, cuci, pekerjaan,dan lain- lain,
  • keperluan umum, misalnya untuk kebersihan jalan dan pasar, pengangkutan air, hiasan laman, tempat rekreasi dan lain-lain.
  • keperluan industri, misalnya untuk fabrik dan empangan penjanaan elektrik.
  • keperluan perdagangan, misalnya untuk hotel, restoran, dll.
  • keperluan pertanian dan penternakan
  • keperluan pelayaran dan lain sebagainya
Oleh kerana itulah air sangat berfungsi dan berperanan bagi kehidupan makhluk hidup di bumi ini. Penting bagi kita sebagai manusia untuk selalu memelihara dan menjaga agar air yang kita gunakan tetap terjaga dengan melakukan pengurusan air yang baik seperti penjimatan, tidak membuang sampah dan sisa yang boleh membuatkan pencemaran air sehingga boleh menggangu ekosistem yang ada.