Salah satu keperluan seharian makhluk yg hidup di dunia ini yang tidak dapat dipisahkan adalah Air. Ia sangat penting bagi manusia dan merupakan bahagian yang penting bagi makhluk hidup seperti haiwan dan tumbuhan. Tanpa air kemungkinan tidak ada kehidupan di dunia ini kerana semua makhluk hidup sangat memerlukan air untuk hidup.
Manusia mungkin dapat hidup beberapa hari akan tetapi manusia tidak akan bertahan selama beberapa hari jika tidak minum kerana sebahagian besar tubuh manusia itu terdiri dari 73% adalah air.
Dalam usaha mempertahankan kelangsungan hidup, manusia mesti mendapatkan air yang cukup bagi dirinya sendiri.
Berikut merupakan kepentingan air bagi manusia:
- keperluan rumah tangga, misalnya untuk minum, masak, mandi, cuci, pekerjaan,dan lain- lain,
- keperluan umum, misalnya untuk kebersihan jalan dan pasar, pengangkutan air, hiasan laman, tempat rekreasi dan lain-lain.
- keperluan industri, misalnya untuk fabrik dan empangan penjanaan elektrik.
- keperluan perdagangan, misalnya untuk hotel, restoran, dll.
- keperluan pertanian dan penternakan
- keperluan pelayaran dan lain sebagainya
Oleh kerana itulah air sangat berfungsi dan berperanan bagi kehidupan makhluk hidup di bumi ini. Penting bagi kita sebagai manusia untuk selalu memelihara dan menjaga agar air yang kita gunakan tetap terjaga dengan melakukan pengurusan air yang baik seperti penjimatan, tidak membuang sampah dan sisa yang boleh membuatkan pencemaran air sehingga boleh menggangu ekosistem yang ada.