Kepentingan Air Masak


Sejauh manakah anda sebagai pengguna tahu tentang kualiti air yang terbaik untuk kesihatan anda? Pemilihan kualiti air yang baik adalah penting bagi  memastikan tubuh badan dapat berfungsi secara optimum. Pelbagai cara dan proses digunakan oleh pengguna yang prihatin terhadap air yang bersih dan sihat. Ini dilakukan dengan mengelak minuman yang tercemar, kerana air yang tercemar bukan sahaja boleh mengakibatkan penyakit malah kematian. 


          Air merupakan bahan kedua penting selepas oksigen. Oleh itu, tidak hairanlah tubuh badan memerlukan sekurang-kurangnya dua liter air setiap hari. Tubuh badan kita tidak mungkin boleh hidup tanpa air. Fungsi air adalah membantu penghadaman, penyerapan dan penyingkiran makanan yang dimakan selain membantu dalam sistem perkumuhan.   

          Pemantauan unit Kawalan Mutu Air Minum, Kementerian Kesihatan Malaysia sejak tahun 1986, mendapati bahawa air yang dibekalkan oleh syarikat air bebas bakteria sebanyak  99.6% dan selamat untuk diminum. Walau bagaimanapun, orang ramai dinasihatkan untuk mendidihkan air sebelum diminum.  Baru-baru ini, kualiti bekalan air di Malaysia semakin merosot akibat sistem rawatan air yang lama serta tidak sesuai bagi air sungai yang semakin tercemar. Pasir, kotoran, karat dan bahan pencemar di dalam paip bekalan air asbestos yang lama juga merupakan pencemar. Namun, punca utama kualiti bekalan air yang merosot adalah disebabkan pencemaran sumber air dan sungai yang semakin tinggi.

          Menurut Pegawai Perubatan di Pusat Kesihatan UKM, Dr Kamal Azura, “air yang tidak dimasak boleh diminum tetapi dengan syarat haruslah menggunakan penapis air yang baik. Tanpa air, buah pinggang harus bekerja dengan lebih keras dan akan mendatangkan risiko penyakit seperti buah pinggang. Penggunaan sistem air RO (osmosis balikan) ataupun penyulingan air mempunyai kebaikan dan keburukannya. Air RO lebih sesuai digunakan oleh pesakit buah pinggang ketika melakukan proses dialisis. Mengambil tahu tentang kelebihan dan keburukan penapis air sebelum membelinya adalah penting, agar tidak mendatangkan kemudaratan kepada tubuh badan.”

          Mendidihkan air sebelum diminum mampu mengelakkan risiko penyakit dan kematian. Namun, pencemaran yang semakin menular di negara kita sekarang, menjadikan air yang bebas bakteria dan kuman sahaja tidak dipandang releven. Faktor lain yang harus dipertimbangkan juga adalah punca air tersebut. Punca air paip yang bebas kuman, bakteria malahan bahan kimia adalah faktor yang harus diambil kira oleh setiap genap masyarakat dalam menyediakan air minuman. Masalah ini menimbulkan keraguan terhadap pengguna yang menyebabkan pengguna mula memilih jalan alternatif lain seperti, menggunakan air minuman di dalam botol, air mineral semulajadi, dan sistem rawatan air domestik di rumah (RO, rawatan karbon teraktif, proses penyulingan dan pertukaran ion dengan aluminium teraktif).

          Seorang pelajar UKM dari jurusan Komunikasi Media, Logeswary berkata, “minum air yang tidak dimasak akan membuatkan badan saya rasa tidak sihat dan diserang selesema. Oleh itu, saya akan memastikan air yang diminum dimasak terlebih dahulu. Jika minum air yang tidak dimasak rasanya agak berbeza dan tidak menyelerakan. Malahan, saya yakin banyak manfaat yang akan saya perolehi jika minum air yang dimasak dengan betul. Selain itu, saya kurang pasti dengan alternatif yang lain seperti sistem rawatan air RO.” 

            Namun, berbeza pula pendapat dengan seorang lagi pelajar UKM dari jurusan Persuratan Melayu, Suhaila Mohamed. Beliau lebih menggemari air R.O kerana tidak menggemari rasa air yang dimasak terus dari paip. Ini kerana air paip mempunyai rasa klorin, dan kurang pasti dengan sistem paip yang mungkin telah berkarat dan membahayakan kesihatan. Menurut beliau setakat ini, beliau  tidak mempunyai apa-apa masalah kesihatan setelah mengamalkan air RO selama hampir tiga tahun beliau belajar di sini. 

          Pengguna yang pandai memilih dengan tepat cara memperolehi sumber air yang berkualiti dapat menjamin kehidupan yang lebih sihat. Pengguna yang prihatin harus mempunyai ilmu dan penyelidikan sendiri berdasarkan pendapat, pemerhatian dan merujuk pakar dalam menyediakan makanan dan minuman agar hidup sentiasa selamat. Pendek kata, pengguna yang prihatin terhadap kesihatan diri harus tahu kebaikan dan keburukan kualiti air yang ingin diminum. Sikap dan kesedaran ini penting dan harus ada dalam setiap golongan masyarakat. Pilihan terletak di tangan anda. Tepuk dada tanya selera.

8 Manfaat sumber air

Seluruh makhluk hidup di muka bumi memerlukan air. Sejak awal kehidupan, mahluk hidup terutama manusia telah memanfaatkan air untuk kelangsungan hidupnya. Seiring dengan pertambahan penduduk dan perkembangan industri, keperluan manusia akan sumber air sangat meningkat. Berikut adalah manfaat sumber air sebagai pendukung kehidupan.


  1. Manusia dan haiwan dapat memperoleh sumber makanan dari perairan, seperti berbagai jenis ikan, rumput laut, ketam, udang, kerang dan lain-lain.
  2. Ia sebagai laluan perhubungan, Wilayah yang didominasi oleh perairan sangat bergantung pada laluan air, seperti adanya sungai atau laut  inilah hubungan antara wilayah dapat terjalin.
  3. Fungsi untuk tenaga elektrik. Pergerakan air pasang dan surut dapat menghasilkan tenaga elektrik. Selain itu, arus laut dapat dimanfaatkan sebagai tenaga menggerakkan perahu.
  4. Fungsi rekreasi. Keadaan pantai, danau, dan pulau yang indah dan bersih difungsikan sebagai tempat perlancongan
  5. Fungsi pengaturan iklim. Perbezaan sifat fizik air laut dan daratan dapat mempengaruh gerakan udara (angin). Sebagai contoh memanaskan perairan dan mengakibatkan penguwapan kemudian turun sebagai hujan.
  6. Sebagai tempat perikanan. Manusia memanfaatkan perairan sebagai tempat perikanan, seperti sangkar udang, pembiakan kerang, mutiara dan sejenisnya.
  7. Sumber mineral, seperti garam, kalium karbonat, dan lain-lain
  8. Sumber bahan seperti minyak bumi, timah, gas alam, dan lain-lain
Dengan ke 8 manfaat sumber air ini kita dapat memaksimakan sumber air yang ada dan tentunya kita harus menjaga sebagi  keperluan sekarang dan masa yang akan datang.

Hargai Kepentingan Air

Hampir 70 peratus daripada keseluruhan tubuh manusia mengandungi air. Oleh itu, kita disarankan mengambil antara 8 hingga 10 gelas air sehari. Pengambilan air yang mencukupi amat penting bagi tubuh manusia untuk mengenyah toksik dalam badan, melincirkan sendi, membantu sistem dan organ pencernaan, mengawal suhu badan serta menghantar nutrien dan oksigen ke sel-sel badan.

Air yang bersih dapat meningkatkan sistem imunisasi badan, menggalakkan metabolisme sel, mengurangkan risiko penyakit dan pertumbuhan sel abnormal serta dapat menghalang penyebaran toksin.
Walau bagaimanapun, air yang kita minum pada hari ini semakin tidak selamat berikutan daripada pencemaran sumber air yang semakin teruk. Pencemaran air ini berlaku apabila terdapat perubahan dari segi kandungan, keadaan, warna dan kualiti sehingga menyebabkan ia tidak sesuai diminum dan memberi kesan buruk kepada kesihatan. 

Suatu ketika dahulu, masyarakat tidak menghargai bekalan air bersih yang sememangnya mencukupi, malah melebihi untuk menampung kegunaan seharian. Tetapi pada hari ini, air dikhuatiri menjadi satu komoditi penting berikutan kekurangan sumber air serta peningkatan kos rawatan air. 

Air adalah satu sumber yang bernilai tetapi kita terus mengeksploitasikannya. Sehingga kini, banyak yang telah diperkatakan, dibincangkan serta ditulis mengenai air. Namun, kebanyakan daripada kita masih kurang menghargainya.

Kita sudah tentu berasa jijik dan loya apabila melihat pelbagai sampah membusuk di dalam longkang, membuatkan pengaliran air longkang tersumbat. Pantai-pantai dipenuhi sampah sarap yang menjengkelkan dan punca utamanya ialah manusia itu sendiri. Sesetengah kilang akan memperuntukkan kawasan untuk pembuangan sisa-sisa kilang. Namun, masih ada segelintir kilang yang secara terus menyalurkan sisa buangan ke dalam sungai. 

Selain itu, pencemaran air juga menjadi punca kepada banjir yang berlaku di dunia pada masa kini. Antaranya, disebabkan oleh tersumbatnya parit yang sepatutnya mengalirkan air ke laut ataupun sungai. Apabila sampah sarap menyumbatkan aliran air tersebut, banjir mudah berlaku dan menyebabkan persekitaran kotor apabila banjir tersebut berlaku. 

Kebaikan Air Beralkali Kepada Tubuh Badan Manusia

Ketahuilah cara terbaik untuk membuang sisa organic dari badan dengan hanya menggunakan Air Alkali...
Anti-oksida, Air Beralkali
Ini adalah jawapan kepada kesihatan, kecergasan dan awet muda yang anda cari selama ini

* Secara purata setiap insan mempunyai 5 hingga 10 pound bahan buangan dalam badan yg perlu dikeluarkan.

Anda tahu kepentingan air kepada kehidupan. Badan manusia terdiri dari 70% Air, Darah lebih 80%, Otak lebih 75% dan Hati 95%. Kebanyakan dari proses penting dalam badan bergantung kepada air. Dan kita akan belajar lebih lagi tentang kepentingan air kepada badan, Tanpa air kita akan mati. Manusia hanya dapat bertahan kurang dari seminggu tanpa air.

Anda mungkin tidak tahu setiap yang kita makan mempunyai kesan yang drastic kepada badan dan pH badan kita. Sesetengah makanan kita berasid, sesetengah lagi beralkali. Kesemuanya akan meninggalkankumuhan berasid, melainkan kita flush kan ia keluar dengan Air Alkali, ia akan bertambah sebagai deposit.

Pengenalan Kepada Air Alkali (Part 1)

Ramai yg tidak hiraukan apa yang mereka makan. Walau ada yang endah pun mungkin anda hanya makan buah & sayur seperti jenis vegetarian. Tetapi anda juga masih makan makanan segera atau pun masih minum air berkarbonat setiap hari. Pengamal diet pula terlalu berhati-hati dengan makanan berkarbohidrat……

Berita buruknya setiap apa yang kita makan akan ditukar kepada sisa organic yang berasid dalam badan.

1. Makanan terdiri daripada protin, lemak dan karbohidrat.

2. Protin, lemak dan karbohidrat terdiri daripada nitrogen, carbon, oxygen dan hydrogen.

3. Karbohidrat tidak mengandungi nitrogen

4. 97% daripada apa yang kita makan mengandungi 4 unsur tadi.

5. Baki 3% terdiri dari material bukan organic minerals ie: sulfur, chlorine, sodium, potassium, magnesium, calcium, iron, phosphorous, etc.

Kita boleh bahagikan kepada dua mineral bukan organic yang menjalankan fungsi dalam badan, kita bahagikan kepada dua katagori:
Mineral beralkali
sodium
potassium
calcium
magnesium
iron

• Contoh - Magnesium ada dalam otot dan penting kepada otot terpenting iaitu jantung.

Mineral berasidsulfur
phosporous
chlorine
iodine

• Contoh - Chlorine diperlukan oleh badan untuk membuat hydrochloric asid dalam perut untuk proses pencernaan makanan

Organic Acid Wastes

Kesan dari makanan dan proses Metabolisma, (97% adalah nitrogen, carbon, oxygen dan hydrogen), Badan kita akan hasilkan bahan kumbuhan organic berasid berikut:
Acetic Acid
Lactic Acid
Cholesterol
Carbonic Acid
Ammonia
Uric Acid
Fatty Acid

Mari kita lihat pada Kolesterol.
Ramai yg percaya apabila mereka makan makanan yang tiada atau kurang kolesterol, mereka tidak akan ada kolestrol. Betul?

Salah

Asid Lactic dan acetic acids sebenarnya, menurunkan pH cecair badan secara drastik. Apabila darah mengandungi terlalu banyak asid lemak, pH Darah akan turun dan system buffer badan menggunakan mineral alkali bermula. Sekiranya tidak cukup mineral alkali dalam bentuk bikarbonatesdi dalam darah, badan akan menggunakan kalsium dari tulang.

Inilah cholesterol.
Walaupun anda makan makanan tanpa cholesterol, badan anda akan tetap menghasilkannya. Cholesterol yg terbina akan menyumbat arteries dan anda tahu apa yg akan berlaku seterusnya.

Ini adalah rasionalnya...

1. Kristal uric acid berkumpul di dalam sendi dan menyebabkan arthritis dan gout.

2. Acetic acid, lactic acid dan cholesterol adalah pecahan dari fatty acid, yang terbina dengan lebihan memakan carbohydrates dan tidak bersenam.

3. Exercise berlebihan pula akan menyebabkan kekurangan oxygen di dalam sel, membina lactic dan acetic acid daripada carbohydrates yang tidak dibakar sepenuhnya.
4. Phosphoric acid pula menyebabkan Batu Buah Pinggang.

Batu Buah Pinggang selalunya di salah ertikan dengan lebihan calcium, tetapi ada cara senang untuk mengetahui. Deposit Kalsium akan larut dalam urine yang berasid, tetapi batu buah pinggang larut dalam air alkali.

Dalam apa cara sekalipun, Bahan kumuhan berasid yang tidak dibuang akan tersimpan di dalam badan, Walau bagaimana pun…....

 Semua bahan kumuhan yang tersimpan tadi boleh dilarutkan oleh Air Alkali.

pH secara Basic
Normal pH darah ialah pH7.4. pH dibawah pH7 adalah berasid, dan pH lebih 7 adalah alkali. Badan manusia berfungsi diantara pH (7.35 kepada 7.45).

Semua ini dinyatakan oleh saintis Sang Whang di dalam bukunya, Reverse Aging. Saya akan ringkaskan di sini, kunci kepada Awet muda adalah empat perkara ini:

-Proses Metabolisma makanan akan menghasilkan bahan kumuhan berasid.

-Bahan kumuhan berasid akan menurunkan pH cecair badan.

-Bahan bukan organic mineral Alkali akan buffer kumuhan berasid di dalam darah untuk memelihara pH badan.

-Saiz Micro, air alkali membenarkan sel melarutkan asid yang terbina dan membantu buffer alkali di dalam darah.

"Semua makanan segera atau pun makanan kesihatan, mahal atau murah, sedap atau tidak akan menghasilkan bahan kumuhan berasid yang perlu dibuang oleh badan. Dan cara terbaik adalah melarutkan mereka dalam anti-oksida, Air Alkali...”

Kebaikan Air Alkali:

-Mengandungi negative ORP iaitu Aktif Hydrogen meneutralkan Oksigen Aktif (free radicals) di dalam badan yg menyebabkan proses penuaan dan penyakit.

-Saiz molekul air yg lebih halus lebih mudah diserap oleh badan memudahkan hidrasi.

-Akan berterusan mencuci asid yg terkumpul dalam badan yg di sebabkan oleh bertahun proses metabolisma makanan dalam sel.

-Membantu membina buffer alkali di dalam darah, Jadi apabila kita memakan makanan berasid akan cepat dineutralkan.

-Lebih senang diserap oleh usus dan membuang toksin dari kolon.

-Memudahkan kulit sel membawa oksigen masuk dan bahan kumuhan keluar

-Hanya dengan meminum 8 gelas air alkali setiap hari

Meminum banyak air alkali bukan sahaja membantu penghadaman, tetapi juga membantu menyingkirkan toksin yg terkumpul dalam usus yg jugapenyebab penyakit. Anda akan mula merasa kelainan dari luar dan dalam.

Kunci utama kepada proses ini adalah air. Seperti sungai yg memerlukan air mengalir, begitu juga usus. Lebih banyak air yang diserap maka lebih banyaklah free radical yang dineutralkan, lebih banyak toksin yg dibuang dari system badan.
Dengan oxidation reduction potential, saiz molekul air yg lebih halus dan beralkali bergabung untuk menjadikan Air Alkali sebagai Air terbaik untuk menyahhidrat badan dan mengawal acidosis.

Kesihatan yang sempurna bermula dari usus yang bersih dan pembersihan bermula dengan Air Alkali.

Pencemaran Air

Punca Pencemaran Air Mentah

Punca pencemaran terbahagi kepada dua:
i) Pencemaran Semulajadi
Air hujan menyerap habuk, kotoran dan gas yang terperangkap di dalam udara. Sewaktu ia mengalir di tanah, air akan bercampur dengan lumpur, tanah liat dan tumbuhan reput (dedaun mati, kayu dan juga bakteria dari tanah dan tumbuhan).
Sementara itu, air bawah tanah akan bertindak balas dengan batuan garam dan karbon dioksida di dalam air boleh melarutkan batuan yang mengandungi karbonat (kapur dan lain-lain) untuk membentuk bikarbonat.
(ii) Pencemaran oleh Manusia
Pencemaran oleh manusia adalah dari sistem kumbahan atau pencemaran dari aktiviti manusia seperti pertanian, penternakan haiwan dan perlombongan. Air buangan menyumbang kepada pembentukan bakteria dan bahan organik yang boleh mengakibatkan penyakit. Aktiviti pertanian seringkali menyebabkan tanah, najis dan bahan organik mengalir ke sistem kumbahan dan sungai.
Aktiviti perlombongan pula menyumbang kepada pencemaran mineral dan penggantungan yang merbahaya kepada manusia. Perbuatan pengilang bahan kimia membuang sisa toksik ke dalam sistem kumbahan juga boleh mengakibatkan masalah bau dan rasa air sekaligus membunuh hidupan air.
Proses rawatan air boleh menjadi kompleks bergantung kepada kualiti air mentah yang perlu dirawat.